Myspace Cursors @ JellyMuffin.comMyspace Layouts & cursors
hello people!
welcome to my blog.
adiexoxo was here.
jom dengar celotey ngengade saye

Blogroll

Pages

Sunday, April 8, 2012

kenapa perempuan x pkai tudung

aq survey facebook aq. . . .
mejoriti ppuan melayu x pkai tudung. . .
kenape huh??
adekah korang (yg x pkai tudung) x belajar agama dekat sekolah??
or . . . . . . . . . . . . (isi tempat kosong pendapat korang)


ok. . korang bace lah nie ok. .
mungkin boleh mengubah persepsi korang. .
insyaallah. . .


1. Soalan : Salah seorang rakan muslimah saya bersolat dan berpuasa dengan lengkap akan tetapi dia tidak memakai tudung kepala untuk menutup aurat. Adakah solat dan puasanya sah dan diterima syari'at ?

Jawapan:

Hal ini bergantung kepada faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak memakai tudung. Di sini terdapat dua faktor:

[A] Dia menyakini dan menerima hukum memakai tudung adalah wajib sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nur 24:31 akan tetapi faktor kelemahan taqwa dan kerendahan jatidiri menghalangnya untuk memakai tudung. Bagi orang seperti ini solat dan puasanya tetap sah dan diterima. Sikapnya tidak memakai tudung hanya mengurangkan kesempurnaan Islamnya.

Dalam kes ini hendaklah seseorang itu menguatkan taqwa dan jatidirinya agar menepati perintah Allah s.w.t. untuk berpegang kepada syari'at Islam secara keseluruhannya dan berwaspada terhadap pengaruh negatif syaitan ke atasnya. Firman Allah: Hai
orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam
secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. [Maksud surah al-Baqarah (2): 208]

Antara caranya ialah sentiasa berdoa memohon kekuatan kepada Allah dan perlindungan daripada gangguan syaitan. Selain itu hendaklah dia melazimkan diri bergaul dengan para muslimah yang menutup auratnyakerana hal ini akan membantu dirinya menepati
perintah-perintah syari'at.
Langkah-langkah di atas hendaklah dilakukan dengan segera kerana menangguhkannya hanya akan membawa kemudaratan yang lebih besar. Firman Allah: Belumkah
datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya,
kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. [Maksud surah al-Hadid (57): 16]

[B] Dia tidak memakai tudung kerana tidak meyakini dan tidak menerima ia sebagai salah satu kewajipan agama. Kes ini secara terperinci terbahagi kepada dua:

[B-1] Secara tidak sengaja telah terkeliru dengan pelbagai tulisan dan dakwah yang diberikan oleh para anti hadis, modernis dan aliran-aliran lain yang menyanggahi syari'at asli al-Qur'an dan al-Sunnah.
Maka dalam kes seperti ini hukuman ditangguhkan ke atasnya sehinggalah disampaikan kepadanya hujah syari'at yang benar melalui kaedah yang jelas lagi difahami.

Firman Allah: Dan Kami tidak akan mengazab (seseorang) sebelum Kami mengutus seorang Rasul. [Maksud surah al-Isra' (17): 15] Ertinya Allah tidak akan menghukum seseorang sehingga sampai kepadanya syari 'at Islam =yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.).

Setelah itu Allah berfirman: Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. [Maksud surah Ibrahim (14): 04] Ertinya syari'at yang disampaikan tersebut hendaklah dalam
bahasa yang dapat difahami secara jelas.

Seseorang yang terkeliru sebagaimana dalam kes [B-1] di atas tetap diterima solat dan puasanya. Namun diwaktu yang sama hendaklah diusahakan sekuat mampu agar dia memerima dan memahami syari'at Islam secara benar dan jelas dalam hal ini. Jika telah diusahakan
dan masih menolaknya maka termasuklah dia dalam kategori berikut ini:

[B-2] Telah menerima hujah syari'at yang benar dan memahaminya secara jelas tanpa ragu akan tetapi dia tetap menolak kewajipannya. Para ilmuan Islam memiliki dua pendapat dalam kes seperti ini:

Pertama:
Orang tersebut dianggap telah kafir kepada hukum Allah
dan terkeluar daripada syari'at Islam. Solat dan puasanya tidak diterima dan wajib dijatuhkan hukuman hudud ke atasnya.

Kedua:
Orang tersebut dianggap telah berdosa besar dan akan diazab di dalam neraka. Akan tetapi dia tidak dianggap kafir dan tidak terkeluar dari syari'at Islam selagi dia masih mentauhidkan Allah dengan dua kalimah syahadah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.
Namun jika dia bertindak menyebar-luaskan fahaman menolak hukum memakai tudung maka wajib dijatuhkan ke atasnya hukuman hudud bagi mengelak fitnah ke atas orang ramai.

Walaubagaimanapun ingin diingatkan bahawa penentu antara hukuman pertama dan kedua di atas terletak di bawah penilaian para Mufti, Hakim dan Qadhi. Tugas yang diwajibkan ke atas kita adalah mendakwah dan bukannya menghukum. Maka hendaklah kita memberi tumpuan untuk menyampaikan dakwah secara efektif dan
berhikmah agar sampai kepada seseorang itu hujah yang
benar. Usaha dakwah ini tidak boleh memiliki titik noktah, ia harus berterusan sehinggalah setiap orang menerima hukum Allah secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment